Selasa, 18 Disember 2012

Ke tempat baru...

    Setelah minggu suai kenal tamat maka kami di bahagikan mengikut bidang yang di pilih oleh kami,tiba masa berpisah dan setiap bidang mempunyai 2 tempat yang akan dipecahkan.Bidang tanaman di Kuala Lipis dan KPM sendiri,Ruminan di Kluang,Johor dan KPM juga,Aquakultur di Pulau sayak dan KPM juga,Bidang proses makanan di Serdang dan Jalan Langgar,ada lagi beberapa bidang juga di bahagikan mengikut kesesuaian.

   10 Januari 2010 aku serta 32 rakan lain di hantar ke Kuala Lipis,Pahang bagi menjalani latihan kemahiran.Bermula lagi sesi suai kenal dan kami di urus oleh fasilitator yang tegas dan berdisiplin.Bilik ku yang bernombor 206 yang di tempati 4 orang,amat cantik walaupun agak berhabuk tetap kami tetap bersatu hati mengemas bilik bersama.Bilik ku di diami oleh Siti Kamisah(Terengganu),Nurul Hidayu(Pahang) dan Mawardah(Kelantan).Setelah habis minggu suai kenal,kami di bahagi kepada 2 kumpulan kecil. 1 kumpulan 16 orang.Seminggu setelah habis orentasi kami menerima 7 orang rakan baru dan bertambah suasana gembira.Aku berada di kumpulan (B) bersama Kak Misah dan Mawar serta Ayu di kumpulan (A).

1 ulasan: