Jumaat, 21 Disember 2012

Alam pekerjaan

    Bila dah habis belajar,mula rasa nak kerja kerana duduk rumah pun tak guna kan..maka aku pun mula membantu keluarga angkat di gerai cendol yang terletak di Kluang.Memang best keje macam waktu pejabat 8 pagi - 5.30 petang,walaupun penat tapi dapat tambah pengalaman.hilangkan kegugupan bertemu orang.
Kalau nak tahu gugup tu satu sakit yang sesetengah manusia tak dapat kawal dan kadangkala amat merbahaya bila degupan jantung terlampau laju dan nadi tak sekata.

   Opsss......... bukan nak belajar medic yerr tapi nak bagitahu pengalaman bekerja dengan orang..
Pertama sekali kena ada kekuatan fizikal mental kerana bila tak de tu semua maka kita akan jadi lalang..dibawa angin ke kanan,maka kanan perginya.di bawa angin ke kiri maka kiri perginya.nak tahu apa persamaan diri yang takde kekuatan fizikal an mentak dengan lalang?? seseorang yang tak ada kekuatan fizikal dan mental tak kan bertahan bila kena marah dan di tegur untuk kesilapan kecil maka dari situ dia akan mula bertukar kerja.dia akan terus bertukar kerja hingga akhirnya dia menjadi bosan.

   Ke dua perlu rajin senyum,ramah,penyabar dan keras hati.Maklum lah nama pun berkerja kan..Alam pekerjaan tak sama dengan waktu kita belajar.Semua kena sendiri,jadi tak boleh membuat onar atau hal sendiri.Nanti jika kita susah jiran pun tak mau tolong..

    Bulan ke 2 bekerja aku mula mendapat berita bahawa borang on line kelayakan bagi pengambilan ke 5 DKM telah di buka.Dapat tak dapat lain cerita yang penting aku isi dulu.Mula ke BSN beli no.UPU dan isi borang mengikut spesifikasi yang di tetapkan.Dalam hati doa semoga dapat lah masuk DIP nie,nak sambung belajar selagi layak dan mampu.Sekarang nak kerja DIP ni lah kelayakan terendah.Bukan SPM yang menjadi taruhan lagi.

Setelah 4 bulan..............

  Aku bukan lalang yer kerana tahan berkerja 4 bulan tau,cuma bila mak dah bising nak kaan anaknya bekerja dalam bidang yang lebih baik maka ku tinggalkan kerja yang bestt tu dulu.Aku cari kerja di Nursery dan Landskap di kawasan Kluang Barat.Menarik gamaknya dengan gaji yang di tawarkan lalu aku di terima sebagai kerani.Masuk jam 9 pagi dan pulang kerja jam 6 petang.Kerja tak penat pun duduk dalam pejabat angkat ''call'',hantar e-mail,kira stok barang,bila bosan duduk pejabat tu,tolong tanm bunga,letak harga dan siram bunga.Memang best gilerrr...

  Tawaran yang aku minta dah keluar dan aku dapat peluang tu,Maka aku pun hantar surat berhenti kerja dan melancong walaupun hanya tinggal lagi beberapa hari nak lapor diri.Menuju ke Kuala Lipis,Pahang di IPKL tempat di rindui dan ke Kelantan tempat di tuju ke rumah teman baikku,Nor Atikah Bt. Baharuddin.Seorang yang tegas tapi amat baik hati.4 hari di kelantan lalu pulang ke Kota tinggi membuat persiapan untuk ke Kolej Pertanian Malaysia buat kali Ke-2.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan