Selasa, 18 Disember 2012

Bermulanya di sini

  Bermulanya di sini kehidupan baru,di tempat yang tersorok,di satu daerah bernama changloon.Berada di negeri kedah dan amat jarang orang mengetahui apa yang ada di kawasn ini.Nak di jadikan cerita,pertama kali ku ketahui tettag tempat ini di surat khabar semasa aku sedang membelek-belek ''Metro'' itu,Aku terpandang suatu keratan.Pengambilan ke-11 pelatih bagi sesi 2010,Sijil Kemahiran Malaysia.
Maka tekad ku ingin ke sana melanjutkan pelajaran dan terus berusaha.Borang ku isi dan ku pos kepada alamat tertera.19 Disember 2009 maka aku terima surat balasan dari Kolej Pertanian Malaysia(KPM).

  Barang telah siap di masukkan ke bagasi dan keperluan belajar telah di sediakan,pada 2 Januari 2010 aku,kakak dan mak bertolak menaiki bas jam 9 malam di stesen bas Kluang,Johor.Mengambil masa yang panjang iaitu 12 jam perjalanan dan kami tiba ke destinasi.

4 Januari 2010 pendaftaranku di KPM,hari yang di tunggu selama ini menjadi kenyataan dan ku lihat kegembiraan kakak dan mak.Aku melambai lemah dalam gembira menghantar kepulangan mak dan kakak.Dalam hati ke berdoa semoga dapat ku teruskan perjalanan di sini,semoga tak sia-sia penantian ku.Segalanya berlaku begitu pantas dan aku kini telah habiskan minggu suai kenal selama seminggu dengan jayanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan