Bila dah habis belajar,mula rasa nak kerja kerana duduk rumah pun tak guna kan..maka aku pun mula membantu keluarga angkat di gerai cendol yang terletak di Kluang.Memang best keje macam waktu pejabat 8 pagi - 5.30 petang,walaupun penat tapi dapat tambah pengalaman.hilangkan kegugupan bertemu orang.
Kalau nak tahu gugup tu satu sakit yang sesetengah manusia tak dapat kawal dan kadangkala amat merbahaya bila degupan jantung terlampau laju dan nadi tak sekata.
Opsss......... bukan nak belajar medic yerr tapi nak bagitahu pengalaman bekerja dengan orang..
Pertama sekali kena ada kekuatan fizikal mental kerana bila tak de tu semua maka kita akan jadi lalang..dibawa angin ke kanan,maka kanan perginya.di bawa angin ke kiri maka kiri perginya.nak tahu apa persamaan diri yang takde kekuatan fizikal an mentak dengan lalang?? seseorang yang tak ada kekuatan fizikal dan mental tak kan bertahan bila kena marah dan di tegur untuk kesilapan kecil maka dari situ dia akan mula bertukar kerja.dia akan terus bertukar kerja hingga akhirnya dia menjadi bosan.
Ke dua perlu rajin senyum,ramah,penyabar dan keras hati.Maklum lah nama pun berkerja kan..Alam pekerjaan tak sama dengan waktu kita belajar.Semua kena sendiri,jadi tak boleh membuat onar atau hal sendiri.Nanti jika kita susah jiran pun tak mau tolong..
Bulan ke 2 bekerja aku mula mendapat berita bahawa borang on line kelayakan bagi pengambilan ke 5 DKM telah di buka.Dapat tak dapat lain cerita yang penting aku isi dulu.Mula ke BSN beli no.UPU dan isi borang mengikut spesifikasi yang di tetapkan.Dalam hati doa semoga dapat lah masuk DIP nie,nak sambung belajar selagi layak dan mampu.Sekarang nak kerja DIP ni lah kelayakan terendah.Bukan SPM yang menjadi taruhan lagi.
Setelah 4 bulan..............
Aku bukan lalang yer kerana tahan berkerja 4 bulan tau,cuma bila mak dah bising nak kaan anaknya bekerja dalam bidang yang lebih baik maka ku tinggalkan kerja yang bestt tu dulu.Aku cari kerja di Nursery dan Landskap di kawasan Kluang Barat.Menarik gamaknya dengan gaji yang di tawarkan lalu aku di terima sebagai kerani.Masuk jam 9 pagi dan pulang kerja jam 6 petang.Kerja tak penat pun duduk dalam pejabat angkat ''call'',hantar e-mail,kira stok barang,bila bosan duduk pejabat tu,tolong tanm bunga,letak harga dan siram bunga.Memang best gilerrr...
Tawaran yang aku minta dah keluar dan aku dapat peluang tu,Maka aku pun hantar surat berhenti kerja dan melancong walaupun hanya tinggal lagi beberapa hari nak lapor diri.Menuju ke Kuala Lipis,Pahang di IPKL tempat di rindui dan ke Kelantan tempat di tuju ke rumah teman baikku,Nor Atikah Bt. Baharuddin.Seorang yang tegas tapi amat baik hati.4 hari di kelantan lalu pulang ke Kota tinggi membuat persiapan untuk ke Kolej Pertanian Malaysia buat kali Ke-2.
Jumaat, 21 Disember 2012
Rabu, 19 Disember 2012
2 tahun berlalu..
Tahap satu bermula sebagai ''Pekerja Ladang'' dan setelah 6 bulan,naik ke tahap 2 kepada ''Penyelia Ladang'' lalu setelah 6 bulan juga,tahap 3sebagai ''Jurutenik Pertanian'' di lalui dengan pelbagai kenangan pahit manis di harungi.2 tahun ini membawa banyak erti pada ku.Erti persahabatan,perhubungan,penilaian, suasana sekitar dan usaha apa yang telah di lakukan.
Ku lalui hari demi hari dengan satu persatu rakan ku melangkah pergi,ada yang meneruskan perjuangan di tempat yang lebih baik,ada juga yang tidak dapat sambung tahap kerana tak memenuhi jam pelajaran serta gagal ujian akhir.pada tahap 3 ini,19 orang yang berbaki dari kumpulan A 10 orang,kumpulan B 9 orang.
1tahun waktu yang panjang dan pada tempoh itu juga lebih banyak pengalaman aku lalui bersama dengan teman seperjuangan akhirnya berjaya juga kami.
seterusnya perjalanan ini akan di teruskan ke mana pula....baca lah cerita setelah ini..

Selasa, 18 Disember 2012
Ke tempat baru...
Setelah minggu suai kenal tamat maka kami di bahagikan mengikut bidang yang di pilih oleh kami,tiba masa berpisah dan setiap bidang mempunyai 2 tempat yang akan dipecahkan.Bidang tanaman di Kuala Lipis dan KPM sendiri,Ruminan di Kluang,Johor dan KPM juga,Aquakultur di Pulau sayak dan KPM juga,Bidang proses makanan di Serdang dan Jalan Langgar,ada lagi beberapa bidang juga di bahagikan mengikut kesesuaian.
10 Januari 2010 aku serta 32 rakan lain di hantar ke Kuala Lipis,Pahang bagi menjalani latihan kemahiran.Bermula lagi sesi suai kenal dan kami di urus oleh fasilitator yang tegas dan berdisiplin.Bilik ku yang bernombor 206 yang di tempati 4 orang,amat cantik walaupun agak berhabuk tetap kami tetap bersatu hati mengemas bilik bersama.Bilik ku di diami oleh Siti Kamisah(Terengganu),Nurul Hidayu(Pahang) dan Mawardah(Kelantan).Setelah habis minggu suai kenal,kami di bahagi kepada 2 kumpulan kecil. 1 kumpulan 16 orang.Seminggu setelah habis orentasi kami menerima 7 orang rakan baru dan bertambah suasana gembira.Aku berada di kumpulan (B) bersama Kak Misah dan Mawar serta Ayu di kumpulan (A).

Bermulanya di sini
Bermulanya di sini kehidupan baru,di tempat yang tersorok,di satu daerah bernama changloon.Berada di negeri kedah dan amat jarang orang mengetahui apa yang ada di kawasn ini.Nak di jadikan cerita,pertama kali ku ketahui tettag tempat ini di surat khabar semasa aku sedang membelek-belek ''Metro'' itu,Aku terpandang suatu keratan.Pengambilan ke-11 pelatih bagi sesi 2010,Sijil Kemahiran Malaysia.
Maka tekad ku ingin ke sana melanjutkan pelajaran dan terus berusaha.Borang ku isi dan ku pos kepada alamat tertera.19 Disember 2009 maka aku terima surat balasan dari Kolej Pertanian Malaysia(KPM).
Barang telah siap di masukkan ke bagasi dan keperluan belajar telah di sediakan,pada 2 Januari 2010 aku,kakak dan mak bertolak menaiki bas jam 9 malam di stesen bas Kluang,Johor.Mengambil masa yang panjang iaitu 12 jam perjalanan dan kami tiba ke destinasi.
4 Januari 2010 pendaftaranku di KPM,hari yang di tunggu selama ini menjadi kenyataan dan ku lihat kegembiraan kakak dan mak.Aku melambai lemah dalam gembira menghantar kepulangan mak dan kakak.Dalam hati ke berdoa semoga dapat ku teruskan perjalanan di sini,semoga tak sia-sia penantian ku.Segalanya berlaku begitu pantas dan aku kini telah habiskan minggu suai kenal selama seminggu dengan jayanya..

Langgan:
Catatan (Atom)